MEDIA

PERBAHASAN ADN SEMENYIH,NUSHI MAHFODZ PADA SIDANG DUN SELANGOR SESI 2/2023

@nushi_mahfodz

Permohonan peruntukan one-off diajukan kepada YAB Menteri Besar Selangor untuk sekolah agama persendirian yang menghadapi kesulitan kewangan dalam mematuhi syarat pendaftaran. #Semenyih #SidangDUN #Selangor #SekolahAgama #SemenyihSejahtera

♬ original sound – Nushi Mahfodz – Nushi Mahfodz
@nushi_mahfodz

Dalam Sidang Dewan Negeri minggu lepas, saya juga mengetengahkan cadangan tebatan banjir daripada mantan-mantan profesor dari Desa Mahkota. Memahami keterbatasan bajet dan sumber kewangan kerajaan, mereka mencadangkan menggunakan kaedah penanaman buluh di sepanjang tebing sungai sebagai tebatan banjir. Selain itu, buluh juga menjadi biasanya dan merupakan benteng yang kuat untuk mempertahankan kestabilan tebing sungai. Cadangan pragmatik, inovatif dan mesra alam ini berpotensi solusi yang praktikal untuk menghadapi cabaran banjir yang dihadapi oleh penduduk Semenyih sepanjang sungai. #Semenyih #SidangDUN #SemenyihSejahtera #Banjir #Selangor

♬ original sound – Nushi Mahfodz – Nushi Mahfodz
@nushi_mahfodz

Dalam ruang berbahas Usul Perbelanjaan Pembangunan 2024 semalam antara lain saya telah memohon baikpulih SRA Kampung Pasir di Hulu Semenyih serta Masjid Pekan Semenyih dan Masjid Pekan Beranang. Alhamdulillah permohonan ini telah mendapat jaminan Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi, YB Dr Muhammad Fahmi b Ngah, untuk dimasukkan ke dalam senarai rancangan baikpulih JAIS 2024 dan diberikan merit keutamaan pembaikan. Semoga perancangan ini akan dipermudahkan Allah dan membawa manfaat kepada masyarakat Semenyih. #SidangDUN #Semenyih #SemenyihSejahtera #SekolahAgama #SemarakSemenyih

♬ Motivational – D’Santos
@nushi_mahfodz

Semenyih juga ingin menyentuh isu pengurusan sampah yang kelihatan masih belum berkesudahan, khususnya di kawasan-kawasan kampung di sekitar Beranang. Sebagai cadangan penyelesaian, saya sangat-sangat mengharapkan agar kerajaan sekali lagi memberi perhatian serius kepada isu ini dengan turun ke padang, menjemput semua pihak-pihak yang bertanggungjawab, termasuk ketua-ketua kampung yang bertindak dengan begitu baik dan dekat dengan hati masyarakat, untuk mencari jalan penyelesaian. #SidangDUN #Selangor #Beranang #Semenyih #SemenyihSejahtera

♬ original sound – Nushi Mahfodz – Nushi Mahfodz
@nushi_mahfodz

Menjadi hasrat dan harapan Semenyih agar pembangunan yang dirancangkan ini bersifat lebih seimbang, holistik and nobody left behind. Sebagai wakil daripada Semenyih kami masih lagi terasa Semenyih terpinggir daripada pembangunan di negeri Selangor. Mohon jasa baik pihak kerajaan negeri untuk memberi perhatian yang dekat khususnya berkaitan pembangunan di Semenyih. SidangDun Selangor SemenyihSejahtera

♬ original sound – Nushi Mahfodz – Nushi Mahfodz
@nushi_mahfodz

Hospital yang paling dekat adalah Hospital Kajang, dan kita semua menyedari situasi kesesakan dan keuzuran di hospital tersebut. Maka saya mohon kerajaan negeri memberi perhatian isu ini. Sekurang-kurangnya, percepatkan proses pembangunan klinik kesihatan yang telah diluluskan untuk memastikan manfaatnya dapat segera dinikmati oleh penduduk yang makin terhimpit dengan kesesakan. Begitu juga dengan keperluan sekolah yang tidak seimbang dengan pertambahan penduduk dan perkembangan pesat projek perumahan di Semenyih. Oleh itu, saya sekali lagi memohon jasa baik kerajaan negeri untuk mengatasi keadaan ini. Terima kasih. SidangDun SemenyihSejahtera Selangor

♬ original sound – Nushi Mahfodz – Nushi Mahfodz