KEJOHANAN TERTUTUP SEPAK TAKRAW RESIDENSI KESUMA 1

Sukan takraw bukan sekadar permainan; ia adalah legasi tradisi yang mengikat hati kita. Di gelanggang kecil tersimpan roh besar yang menzahirkan ketangkasan, strategi, kerjasama, ukhuwah dan semangat juang. Takraw mengajar peningkatan disiplin diri, menyatukan generasi dan memupuk hubungan harmoni tanpa mengira latar belakang.

Jumaat baru-baru ini, di Pusat Sukan University of Nottingham Malaysia, legasi Kesuma 1 kembali beraksi melalui penganjuran Kejohanan Tertutup Sepak Takraw Residensi Kesuma 1, membuktikan semangat komuniti Bandar Tasik Kesuma tetap hidup dan penuh daya.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Bandar Tasik Kesuma, terutamanya pihak penganjur, kerana berjaya menghidupkan sukan tradisi kita dengan penuh meriah. Walaupun saya tidak berkesempatan hadir bersama, namun alhamdulillah berpeluang memberi sedikit tajaan, sebagai tanda saya sangat menghargai usaha dan komitmen kalian menjayakan kejohanan ini.

Hakikatnya kejohanan ini lebih daripada sekadar bersaing untuk menang. Ia menjadi platform merapatkan hubungan kejiranan, menggalakkan gaya hidup sihat, dan menyemai rasa gembira dalam komuniti. Semoga objektif penganjuran ini berjaya dicapai dan diteruskan sebagai legasi masyarakat di masa hadapan.

Saya mendoakan agar setiap langkah yang dilakukan oleh pihak penganjur dan pemain dikira sebagai amal yang diberkati Allah SWT.

Mudah-mudahan kesihatan yang diperoleh daripada bersukan akan memudahkan lagi kita menunaikan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Tahniah sekali lagi. Kesuma bersatu, Kesuma maju.

NUSHI MAHFODZ

#BaktiDemiSelangor

#Semenyih Sepakat

#Semenyih Sejahtera.