ISU KAMPUNG SUNGAI PENING-PENING SEMENYIH

Ini bukan cerita naik taraf jalan kampung.

Ini tentang bagaimana sebuah lebuh raya besar tiba-tiba membelah kampung dan melalui tanah perkuburan demi projek elit di atas bukit.

Kami bertemu penduduk kampung di lokasi jalan yang sedang dinaik taraf.

โ€œYB, orang kampung ingat ini projek turap jalan biasa. Tapi YB tengok lah ni. Bukan hanya rezab jalan, tapi tanah penduduk pun diambil,โ€ katanya menunjukkan lebar jalan mencecah 120 kaki.

“Ini bukan jalan kampung, YB. Ini Highway.

Selama ni, yang sampai ke telinga kita ialah kerajaan nak “naik taraf jalan” dari Kampung Sungai Pening ke Bandar Teknologi Kajang.

โ€œKita pun bersyukur, fikirkan jalan kampung yang sempit tu nak dilebarkan sikit bagi selesa dua kereta berselisih. Rupa-rupanya tidak.โ€

Info yang penduduk kongsi (dan disahkan dengan lawatan PKDS) menunjukkan spesifikasi jalan ni lain macam besarnya:

โœฆ Lebar Rizab: 100 hingga 120 kaki.

โœฆ Jajaran: 4 Lorong (Dual Carriageway).

โœฆ Terus bersambung ke Lebuhraya SILK.

Jalan lebar 100 kaki ni bukan untuk Pak Mat bawa motor pergi pasar. Ini saiz lebuh raya. Mereka pun menghulurkan brosur satu perumahan ultra-mewah.

๐— ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ “๐—ก๐—ฒ๐˜„ ๐—•๐˜†๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜€ ๐—ฅ๐—ผ๐—ฎ๐—ฑ” ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ

Rupa-rupanya, besar kemungkinan jalan “misteri” ini adalah nadi utama untuk sebuah projek perumahan ultra-mewah di atas bukit sana Anyara Hills.

Cuba kawan-kawan tengok keratan brosur jualan mereka di bawah ni. Nampak tak apa mereka jual? “25 Mins to KL City Centre via New Bypass Road”.

Projek perumahan ni harga dia juta-juta, siap ada helipad (pendaratan helikopter) dan guards bersenjata. Tapi untuk mereka dapat akses pantas ke KL dalam 25 minit, mereka perlukan satu jalan pintas.

Dan jalan pintas itu, malangnya, dirancang membelah tanah kampung. Ini menimbulkan persoalan besar kerana setakat ini tiada rundingan menyeluruh dibuat dengan penduduk terlibat.

๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฃ๐˜‚๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐—ธ ๐——๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ?

Ini bahagian yang paling buat saya terkejut. Dalam rancak kita mengejar “pembangunan” untuk orang kaya di bukit, kita lupa hak orang yang dah tiada di bawah.

Laluan 100 kaki ini didakwa oleh penduduk akan merentasi Lot 1147. Lot 1147 ni bukan tanah kosong biasa. Ini adalah tanah yang telah lama diwartakan sejak zaman 90-an lagi sebagai Tanah Perkuburan Islam untuk menampung keperluan Lembah Klang.

“Tak ada laluan lain ke? Kenapa mesti langgar tanah rizab Melayu dan tanah kubur?”, keluh orang kampung.

Dulu kita pernah cadangkan laluan ikut Puncak Damai. Laluan tu kurang kacau rumah orang, kurang kacau tanah sensitif. Tapi nampaknya opsyen tu ditolak tepi demi jajaran yang lebih “direct” ke highway SILK.

โ€œKenapa Tergesa-gesa 22hb Ni? Yang paling saya tak sedap hati, saya dapat info bahawa satu Majlis Pecah Tanah dirancang pada 22 haribulan ini. Khabarnya PMX sendiri akan turunโ€, sambungnya.

Persoalannya:

Mana pelan rasmi?

โœฆ Mana rundingan? Ada tuan tanah beritahu saya mereka tak pernah sign apa-apa borang setuju pun lagi.

โœฆ Ada kelulusan Majlis Agama? Isu langgar tanah kubur ni dah selesai ke belum dengan Majlis Agama?

Kalau semua ni belum settle, kenapa nak pacak khemah buat majlis perasmian dah?

๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ผ๐—ป๐—ธ๐—ฒ๐˜† ๐—–๐—ฎ๐—ป๐—ผ๐—ฝ๐˜†.

Kita kena belajar dari jiran kita di Sungai Long. Tengok apa jadi bila projek resort besar masuk tanpa traffic plan yang betul. Jalan kampung sesak teruk sampai orang tempatan nak keluar rumah pun stres.

Pembangunan tu bagus. Kita nak jalan elok. Tapi biarlah jalannya untuk kita rakyat marhaen di Sungai Pening, bukan sekadar karpet merah untuk VVIP di Anyara Hills memecut laju ke KL.

Kalau betul 22hb ni ada majlis, saya harap pihak atasan boleh jawab dulu soalan-soalan orang kampung ni.

Janganlah “Pecah Tanah” dulu, baru nak “Pecah Kepala” fikir masalah kemudian.

Pembangunan yang baik tidak bermula dengan menolak kampung, tanah rizab dan tanah perkuburan ke tepi, tetapi bermula dengan perbincangan, keadilan, menghormati hak orang lain dan pertimbangan maslahah semua pihak yang terlibat.

#SelangorDeservesBettr

#SemenyihSejahtera

#BaktiDemiSelangor