Temui Nushi di Facebook Feed

Cover for Nushi Mahfodz
27,060
Nushi Mahfodz

Nushi Mahfodz

Ahli Dewan Negeri Selangor N.24 Semenyih
Setiausaha Dewan Ulama' PAS Pusat
Pengerusi Laj Pendidikan & Pengajian Tinggi PAS Selangor

4 days ago

Nushi Mahfodz
𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗛 : 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝟭𝟳 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗥𝗧𝗙𝗢𝗟𝗜𝗢 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡Titah DYMM Sultan Selangor bahawa baginda “sudah muak” dengan isu kebersihan menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap kualiti hidup rakyat negeri ini.Titah tersebut lahir susulan aduan rakyat kepada baginda semakin meningkat, termasuk aduan lengkap dengan nama dan alamat, mencerminkan tahap keresahan awam yang memuncak. Sejurus selepas titah tersebut, tindakan pembersihan dan penguatkuasaan dapat dilihat berlaku dengan pantas di beberapa kawasan. Ini membuktikan bahawa keupayaan untuk bertindak memang wujud dalam sistem pentadbiran sedia ada apabila isu diberi keutamaan.Namun begitu, tindakan ini masih bersifat reaktif dan setempat. Ia belum mencerminkan satu perubahan dasar yang konsisten di peringkat negeri.Empat hari selepas titah Sultan, respons rasmi kerajaan negeri dalam portfolio kerajaan tempatan tertumpu kepada arahan mengumpul data ‘hotspot’ pembuangan sampah haram, seolah-olah isu tersebut baru dikenal pasti.Di sinilah persoalan asas wajar diajukan. Jika tindakan segera boleh digerakkan di lapangan, mengapa pendekatan dasar masih bermula dengan proses mengenal pasti masalah yang telah lama diketahui rakyat, pihak berkuasa tempatan dan media?Hakikatnya, isu sampah haram, kutipan yang tidak konsisten dan penguatkuasaan yang lemah bukan berpunca daripada kekurangan data. Ia mencerminkan kelemahan tadbir urus dan kesungguhan. Apabila wujud tekanan luar, sistem terbukti mampu bergerak. Namun tanpa tekanan tersebut, masalah yang sama terus berlarutan. Pihak berkuasa tempatan pula bukan entiti bebas. Mereka beroperasi di bawah kerangka dasar, KPI, peruntukan dan pengawasan politik kerajaan negeri.Maka kegagalan yang berlarutan dalam mengurus perkara asas ini akhirnya meletakkan tanggungjawab politik di bahu pihak yang memegang portfolio kerajaan tempatan sejak 2008.Rakyat Selangor tidak menuntut perkara luar biasa. Mereka mengharapkan pengurusan asas yang konsisten dan berkesan, antaranya:𝟭. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗵𝗼𝘁𝘀𝗽𝗼𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿 dengan pematuhan Service Level Agreement (SLA) yang ditetapkan serta pengesahan keberhasilan melalui data operasi dan bukti lapangan.𝟮. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻 termasuk tindakan terhadap punca dan rantaian pelaku, bukan sekadar pengeluaran kompaun berulang tanpa kesan perubahan tingkah laku.𝟯. 𝗣𝗲𝗻𝗲𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗞𝗣𝗜 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗿𝗲𝘀𝗽𝗼𝗻𝘀, kadar penyelesaian dan pengurangan aduan berulang, selaras dengan amalan tadbir urus berasaskan hasil (outcome-based governance). 𝟰. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝗮𝗱𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗮𝘀𝗮, termasuk di luar waktu operasi biasa, bagi mengekang aktiviti terancang dan mengelakkan kebocoran penguatkuasaan. 𝟱. 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝘃𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗵𝗼𝘁𝘀𝗽𝗼𝘁 melalui pembaikan sistem, kawalan fizikal dan pemantauan berterusan, bagi menamatkan kitaran pembersihan sementara yang berulang.Selangor sering dibanggakan dengan kekuatan fiskalnya. Namun kekuatan itu hanya bermakna apabila keperluan asas rakyat diurus dengan konsisten. Isu kebersihan, anjing liar, mobiliti dan banjir berulang masih menjejaskan kehidupan seharian rakyat di banyak kawasan.Selepas hampir dua dekad mentadbir, kegagalan dalam perkara asas tidak lagi boleh disandarkan kepada isu teknikal atau legasi.Ia wajar dinilai secara jujur sebagai isu kepimpinan dan keutamaan pentadbiran. Rakyat berhak mengharapkan lebih daripada tindakan ad hoc yang muncul hanya apabila ditegur.#SelangorDeservesBetter#BaktiDemiSelangor See MoreSee Less
View on Facebook

4 days ago

Nushi Mahfodz
“Sakitnya sabar itu sementara, indahnya syurga itu selama-lamanya.” See MoreSee Less
View on Facebook

5 days ago

Nushi Mahfodz
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.Hari ini, sejarah kembali menunduk hormat kepada anak-anak watan. Selepas 34 tahun penantian, regu lelaki sepak takraw Malaysia akhirnya memecah sunyi, menundukkan gergasi, dan mengangkat pingat emas Sukan SEA ke-33 di Thailand dengan penuh maruah .Ini bukan sekadar kemenangan di gelanggang.Ini kisah sabar yang diperah menjadi kekuatan.Ini kisah jatuh-bangun yang ditukar menjadi fokus dan keberanian.Kemenangan ini lahir daripada disiplin, latihan bertahun-tahun, dan jiwa besar yang tidak gentar pada nama besar lawan. Ia membuktikan bahawa bila usaha dipasakkan dengan keyakinan dan tawakkal, Allah angkat darjat mereka yang istiqamah.Setinggi-tinggi tahniah buat seluruh pemain, jurulatih, dan pasukan sokongan.Kalian bukan sekadar membawa pulang emas.Kalian mengembalikan harga diri sukan negara.Semoga kejayaan ini menjadi pembuka jalan, bukan noktah. Terus melangkah. Terus rendah hati.Kerana juara sebenar bukan hanya menangtetapi tahu dari mana datangnya kemenangan itu. #BaktiDemiSelangor#semaraksemenyih See MoreSee Less
View on Facebook

5 days ago

Nushi Mahfodz
This man is named Ahmed.On that day in Sydney, when bullets were flying and bodies were running away, he ran towards danger.He didn’t ask who was Jewish.He didn’t ask who was Muslim.He didn’t ask what the headlines would say.He saw a gun.He saw people in danger.And he acted.Ahmed was shot. Twice.He survived. Others did because of him.His name is now across the papers. As it should be.Because this is what reality looks like when fear is stripped of ideology.Terror has no religion.Courage does not need one either.But when a Muslim risks his life to stop terror,it forces an uncomfortable truth into the open:the problem was never Islam,it was the story we were told about it. See MoreSee Less
View on Facebook

5 days ago

Nushi Mahfodz
Seorang yang berjiwa hamba sedar akan kekerdilan diri & hidup dengan rendah hati, bersyukur & tidak angkuh sesama manusia. See MoreSee Less
View on Facebook

6 days ago

Nushi Mahfodz
Bersama Setiausaha PKHL yang setia di sisi, sentiasa setia berusaha memerah idea dan kudrat menggerakkan PAS Kawasan Hulu Langat.Kami berdua turun mewakili PKHL selaku YDP dan Setiausaha ke Permukiman PAS Selangor yang baru melabuhkan tirai. Hasilnya? Dua belas agenda bertindak, lahir dalam suasana ukhuwwah dan mahabbah. Semoga setiap perancangan dipandu taufiq Allah dan berakhir dengan kejayaan yang diredhai. #BaktiDemiSelangor See MoreSee Less
View on Facebook

6 days ago

Nushi Mahfodz
Pakej kuliah subuh pagi ni, sesi saling urut-mengurut berjamaah. Sesuai dengan tajuk dan jemputan mengejut pagi ni: "Wahdatul fikr wa Wahdatul 'Amal".. Ginilah ukhuwah sesama kami. Doakan berkekalan. See MoreSee Less
View on Facebook

6 days ago

Nushi Mahfodz
Ketika UEC dipolemikkan, isu pengurusan sampah yang ditegur Tuanku Sultan masih menunggu jawapan. See MoreSee Less
View on Facebook

6 days ago

Nushi Mahfodz
“Kasih sayang Allah mendahului segalanya.Dia tidak menunggu kita sempurna untuk mencurahkan rahmatNya.” Allah arRahman See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

Nushi Mahfodz
Pagi ini, Ustaz Sukri Omar menyampaikan kuliah Subuh kepada pimpinan tertinggi negeri dalam Permukiman PAS Selangor.Dalam tradisi PAS, kuliah Subuh yang didahului dengan "qiyam" bukan sekadar pengisian rutin. Ia adalah ruang tarbiah yang membentuk jati diri jiwa rohani, kefahaman bersama, menajamkan disiplin fikrah, dan meneguhkan hala tuju kepimpinan. Di sinilah nilai, prinsip dan kerangka berfikir diuji dan diselaraskan.Lazimnya, amanah ini diberikan kepada mereka yang diyakini dari sudut ilmu, aqidah perjuangan, kematangan dan keupayaan membawa panduan. Maka apabila ia diserahkan kepada seorang Ketua Pemuda, mesejnya lebih besar daripada sekadar jadual program. Ia mencerminkan keyakinan jamaah terhadap peranan kepimpinan muda sebagai penyumbang fikrah dan pemangkin perjuangan, bukan sekadar penggerak lapangan.Yang menarik, peranan besar Ustaz Sukri dalam ruang tarbiah ini tidak pernah terpisah daripada kehadirannya di Medan dakwah dan siasah.Beliau dikenali sebagai "singa muda" yang paling pantas dan konsisten dalam memberi respons terhadap isu semasa. Teguh pada prinsip, jelas pada isu, dan disampaikan secara tegas dan tersusun. Tahniah anak muda! Kepantasan dan keberanian ini sudah tentunya bukan reaksi spontan atau secara tiba-tiba, tetapi pastinya lahir daripada proses tarbiah yang panjang selain kesiapsiagaan ilmu dan intelektual. Respons beliau cenderung fokus kepada pokok persoalan, mengelakkan serangan peribadi, dan memilih bahasa yang terpelajar serta santun. Ketegasan disampaikan tanpa meninggalkan adab. Inilah budaya politik matang dan sejahtera yang kita perjuangkan. Dalam suasana politik yang sering berayun antara berdiam diri dan keterlaluan, keupayaan untuk bersuara dengan jelas tanpa menambah hingar adalah satu kekuatan. Lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada suara pemimpin muda.Satu lagi ciri yang melengkapkan keseimbangan ini ialah konsistensi beliau menulis. Di tengah kesibukan mengurus Pemuda, berjaya menyelesaikan pengajian di peringkat sarjana dan merespon isu semasa yang bergerak pantas, Ustaz Sukri terus menulis melalui kolum “Mihrab Pemikiran” yang fiqh-driven, mendalam dan berwibawa.Menulis, dalam konteks ini, bukan sekadar hobi, tetapi disiplin kepimpinan. Ia menuntut kejelasan fikiran, kawalan emosi dan kesediaan untuk dipertanggungjawabkan.Gabungan antara keupayaan bertindak pantas dan disiplin berfikir inilah yang membezakan reaksi spontan dan populis daripada tindakan berprinsip dan tuntas dengan penyelesaian islam. Apabila seorang pemimpin muda mampu menyumbang dalam ruang tarbiah pimpinan tertinggi, sambil kekal responsif dan beradab di medan awam, ia memberi gambaran tentang jenis kepimpinan yang sedang di bentuk dan dipupuk.Bukan sekadar disiapkan, tetapi dipersiapkan untuk amanah yang lebih besar, insya Allah.#BaktiDemiSelangor See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

Nushi Mahfodz
“Kekuatan ummah bermula dengan perpaduan yang terikat dengan iman, hasil didikan Islam." See MoreSee Less
View on Facebook