Author: adminss4u
-
KISAH SEBATANG POKOK TINGGI YANG BERISIKO
Pada bulan September 2023, kami menerima aduan daripada Puan Azlina berhubung sebatang pokok yang terlalu tinggi dan berisiko di Jalan Besar Beranang. Sebelum itu, Puan Azlina sejak 2022 telah berkali-kali berhubung dengan JKR dan MPKj, namun belum dapat diselesaikan berikutan kekeliruan bidang kuasa antara dua agensi. Setelah menerima aduan Puan Azlina, kami usahakan untuk memudahcara…
-
𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗗𝘂𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗱𝗶𝗸 𝗱𝗶 𝗟𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗼𝗻𝘀𝘂𝗻: 𝗭𝗶𝗮𝗿𝗮𝗵, 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗱𝗶𝗵𝗮𝗻, 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮
Saya telah menziarahi Encik Khairul Ikram dan Puan Suzi, ibu bapa kepada dua beradik – Khalish Shahdan, 14, dan Qayyum Shaqeel, 12 yang terkorban dalam tragedi longkang monsun di Prima Saujana, Kajang. Ziarah ini untuk menzahirkan simpati, berkongsi duka dan memahami apa yang berlaku pada hari kejadian. 𝗧𝗮𝗯𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗜𝗯𝘂 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝘂𝗮 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗟𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗦𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸…
-
JARINGAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM DI DUN SEMENYIH
Alhamdulillah, saya dijemput menghadiri mesyuarat bersama YB Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor semalam, susulan isu berkaitan connectivity laluan MRT dan LRT yang telah saya kemukakan dalam Sidang Dewan Negeri baru-baru ini. Dalam pertemuan tersebut, kami telah dibentangkan oleh pihak MPKj laluan semasa jaringan pengangkutan awam seperti bas smart Selangor dan…
-
𝗙𝗜𝗤𝗛 𝗦𝗜𝗬𝗔𝗦𝗔𝗛: 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗥𝗠𝗢𝗡𝗜𝗔𝗡
Islam bukan sekadar ibadah peribadi. Islam ialah 𝘢𝘭-𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘸𝘢 𝘢𝘭-𝘏𝘢𝘺𝘢𝘩 – agama yang mengatur kehidupan manusia dan masyarakat secara menyeluruh. Dalam kerangka ini, para ulama sejak awal memahami bahawa keharmonian masyarakat tidak boleh dicapai tanpa pentadbiran yang adil, dan pentadbiran yang adil tidak mungkin wujud tanpa pengurusan ekonomi dan kewangan negara yang tersusun. Atas kesedaran…
-
𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗧𝗢𝗣𝗜𝗔
Apabila kita bercakap tentang Islam, tentang dasar Islam dan pemerintahan Islam, kita sering dituduh berbicara tentang utopia; seolah-olah ia sekadar nostalgia, atau cita-cita romantik masa lalu. Namun sebenarnya, kita sedang bercakap tentang sesuatu yang jauh lebih konkrit. Kita bercakap tentang realiti sejarah. Kerajaan Abbasiyyah tidak muncul seketika lalu lenyap. Ia bertahan lebih 600 tahun, bermula…
-
𝘜𝘴𝘳𝘢𝘩 𝑸𝘪𝘢𝘥𝘪 • 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭
Alhamdulillah, syukur kerana dapat meneruskan tuntutan Usrah Qiadi bersama sahabat-sahabat pimpinan PAS Kawasan, Dewan-Dewan, serta ketua dan setiausaha cawangan-cawangan pada Rabu lalu. Kehadiran yang baik dan suasana yang harmoni benar-benar menggambarkan komitmen para pimpinan untuk terus menyuburkan jiwa, memperkukuh ukhuwah dan menguatkan saf dalam gerak kerja jamaah. Usrah kali ini menumpukan tadabbur Surah al-Kahfi; khususnya…
-
KEJOHANAN TERTUTUP SEPAK TAKRAW RESIDENSI KESUMA 1
Sukan takraw bukan sekadar permainan; ia adalah legasi tradisi yang mengikat hati kita. Di gelanggang kecil tersimpan roh besar yang menzahirkan ketangkasan, strategi, kerjasama, ukhuwah dan semangat juang. Takraw mengajar peningkatan disiplin diri, menyatukan generasi dan memupuk hubungan harmoni tanpa mengira latar belakang. Jumaat baru-baru ini, di Pusat Sukan University of Nottingham Malaysia, legasi Kesuma…
-
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔 (𝗢𝗞𝗨)
Hari ini kita memperingati ketabahan, kekuatan dan potensi besar dalam komuniti OKU yang merupakan sebahagian daripada keluarga kita, jiran kita, komuniti kita. 𝟳 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗢𝗞𝗨 1. Satu daripada 6 orang di dunia ialah OKU, menurut WHO. 2. Di Malaysia, lebih 787,886 individu berdaftar sebagai OKU. 3. OKU merangkumi 7 kategori, termasuk fizikal, pendengaran,…
-
𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗬𝗜𝗛 𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝟭𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡
Pagi ini, Taman Semenyih Indah sekali lagi dinaiki air. Minggu lepas, JPS memaklumkan kerja cuci gali telah dibuat, namun selut hasil cuci gali kolam takungan masih belum diangkut keluar oleh kontraktor. Kita tidak menamakan selut sebagai faktor tunggal, tetapi ia tetap menjadi satu faktor penyumbang yang menekan sistem yang sedia bermasalah; apatah lagi bayaran bagi…
