Author: adminss4u
-
𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗚 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚–𝗦𝗜𝗟𝗞 : 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗪𝗣 𝗝𝗞𝗣𝗧𝗚 𝗝𝗔𝗪𝗜
Saya telah menghadiri satu sesi perbincangan bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) serta beberapa agensi bagi mendapatkan penjelasan berhubung cadangan pembinaan Jalan Pintas Sungai Lalang dan Tapak Perkuburan Islam Raudatus Sakinah 4. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada para penjawat awam yang hadir dalam pertemuan ini atas sikap profesional, keterbukaan dan kesediaan mereka memberi penjelasan dengan baik.…
-
SIRI ZIARAH KASIH YB ADN SEMENYIH
Ketika usia di mana rakan sebaya sedang sibuk merancang dan membina masa depan, adik ini pula Allah pilih untuk dididik di madrasah-Nya, melalui jalan-jalan kasih sayang-Nya. Ujian yang dilalui oleh adik Puteri Myra Natash bukanlah perjalanan yang mudah. Ketika masih menuntut di Tingkatan 5 di Kolej Tengku Kursiah, beliau disahkan menghidap Kanser Limfoma tahap 2.…
-
𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗚 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚–𝗦𝗜𝗟𝗞: 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗔𝗡𝗬𝗔𝗥𝗔
1. Penduduk Kampung Sungai Pening tidak pernah menolak pembinaan Jalan Pintas Sungai Lalang–SILK. Semua pihak memahami keperluan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Semenyih yang telah berlarutan sejak sekian lama. 2. Malah, penduduk sendiri telah mengemukakan cadangan agar semua rizab jalan sedia ada di kawasan ini dibuka terlebih dahulu. Terdapat tiga hingga empat rizab jalan…
-
SIRI ZIARAH KASIH YB ADN SEMENYIH
Ujian tidak menunggu; ada yang datang perlahan, ada pula yang hadir bertimpa-timpa. Apa yang kita harapkan dalam menempuh setiap ujian, kita berupaya untuk berserah sepenuhnya kepada-Nya, agar kita tetap dinilai berjaya di sisiNya. Ketika Puan Samsidar sedang dirawat di wad akibat terjatuh sehingga mengalami patah pinggul hujung bulan lalu, beliau menerima satu panggilan yang mengejutkan.…
-
JANGAN AMBIL TANAH KAMI!
Pemilik 48 lot tanah di Sungai Pening yang bakal diambil secara paksa di bawah Seksyen 8 mengharapkan satu penyelesaian menang-menang dapat diusahakan demi kepentingan semua pihak. #SelangorDeservesBetter #BaktiDemiSelangor
-
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛: 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗜𝗧 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
Peristiwa Israk Mikraj bukan sekadar mukjizat perjalanan satu malam, tetapi ia adalah mesej cinta Allah buat hamba-Nya yang sedang diuji. Mari kita selami 7 ibrah ini dengan lebih mendalam: 𝟭. 𝗠𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗟𝘂𝗸𝗮 𝗘𝗺𝗼𝘀𝗶 (𝗧𝗵𝗲 𝗛𝗲𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗝𝗼𝘂𝗿𝗻𝗲𝘆)Sebelum Israk Mikraj, Rasulullah SAW berada di titik terendah dalam hidupnya (Amul Huzni). Allah membawa Baginda mengembara bukan sekadar untuk…
-
𝗟𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗕𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗔𝗦 𝟮𝟴𝟬 𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗢𝗟𝗔!
𝗠𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗘𝘅𝗰𝗼 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝘂 𝗟𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗯𝗶 Isu penternakan babi di Selangor bukan sekadar pertempuran angka atau statistik. Ia adalah pertempuran antara realiti bau yang dihidu rakyat dengan ilusi kejayaan yang dicanang kerajaan. Kenyataan media terbaru Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim semalam bukan sahaja gagal meredakan keadaan, malah mendedahkan betapa rapuhnya hujah…
-
ISU KAMPUNG SUNGAI PENING-PENING SEMENYIH
Ini bukan cerita naik taraf jalan kampung. Ini tentang bagaimana sebuah lebuh raya besar tiba-tiba membelah kampung dan melalui tanah perkuburan demi projek elit di atas bukit. Kami bertemu penduduk kampung di lokasi jalan yang sedang dinaik taraf. “YB, orang kampung ingat ini projek turap jalan biasa. Tapi YB tengok lah ni. Bukan hanya rezab…
-
𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 | 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗙𝗟𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗜𝗗𝗨𝗥𝗜 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟲
Alhamdulillah, selepas aduan penduduk kami panjangkan, pihak MPKj telah menggerakkan kontraktor bagi melaksanakan pembersihan luar biasa di Flat Baiduri Fasa 6 untuk menangani isu rumah sampah yang melimpah. Kerja-kerja pembersihan luar biasa ini dilaksanakan secara berperingkat melibatkan lima trip keseluruhan: – Tiga trip dilaksanakan semalam – Dua trip tambahan diteruskan hari ini Untuk makluman penduduk,…
-
𝗜𝗺𝗽𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗚𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗵
Semalam, secawan teh O panas menjadi saksi kepada satu perbualan bersama S. Sarawanan, seorang tokoh seni bela diri yang telah melalui perjalanan panjang sebagai atlet, jurulatih kebangsaan dan pembina bakat di peringkat akar umbi. Perbualan itu tidak berkisar tentang pencapaian peribadi atau kejayaan beliau, tetapi tentang satu persoalan asas: bagaimana menyediakan ruang latihan yang benar-benar…
