Kejadian buli naik mendadak sejak dua tahun kebelakangan ini. Nama-nama G. Sarvina, Nazmie Aizat, Zara Qairina, Syamsul Haris, Aisyah Sofia, Izzul Islam mewakili banyak lagi mangsa tak bernama.
Mereka anak-anak kita. Mereka darah daging bangsa Malaysia. Mereka sepatutnya dilindungi, dipertahankan, dijaga. Tetapi gejala buli yang semakin tidak terkawal merampas masa depan dan kehidupan mereka.
Dan jika kita tidak mengambil langkah intervensi drastik, esok mungkin angka ini bertambah berlipat ganda.
Langkah-langkah seperti pemasangan CCTV, pelaksanaan polisi ๐ ๐ฐ๐ถ๐๐ฐ๐ถ๐ค๐ฉ๐ ๐ฐ๐ถ๐๐ฐ, dan penubuhan Tribunal Anti-Buli masing-masing ada nilai dan potensinya.
Tetapi yang lebih penting adalah kesediaan kita untuk belajar. Belajar daripada pengalaman sendiri. Belajar daripada kesalahan yang lalu. Belajar daripada kejayaan negara lain yang berjaya mengekang budaya buli.
Tanpa kesediaan itu, kita mungkin terpaksa membayar harga yang amat mahal; bukan sekadar kerugian masa, tenaga dan mungkin lebih banyak nyawa, tetapi juga meranapkan masa depan negara yang mungkin mengambil sedarsawasa untuk dipulihkan semula.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐ฅ๐, ๐๐๐ง๐ & ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐ก
CCTV tanpa pendidikan hanya merakam selepas kejadian, tidak mencegah buli. Dalam kes tragis Zara Qairina di sekolah yang dilengkapi CCTV, kita bahkan bertanya: di mana CCTV ketika nyawa seorang anak dalam bahaya?
Laporan ๐๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ช๐ค๐ข๐ฏ ๐๐ด๐บ๐ค๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฐ๐จ๐ช๐ค๐ข๐ญ ๐๐ด๐ด๐ฐ๐ค๐ช๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (2008) menunjukkan polisi ๐ก๐ฆ๐ณ๐ฐ ๐๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ seperti ๐ ๐ฐ๐ถ๐๐ฐ๐ถ๐ค๐ฉ๐ ๐ฐ๐ถ๐๐ฐ atau dasar sifar-buli berasaskan hukuman hanya menambah trauma, menyebabkan murid tercicir, sementara budaya buli terus berpindah lokasi, berganti mangsa.
Begitu juga insentif โsifar buliโ yang tampak menarik, tetapi berisiko ๐ฃ๐ข๐ค๐ฌ-๐ง๐ช๐ณ๐ฆ jika sekolah hanya berlumba imej bersih, bukannya berani mengubah budaya.
Lebih parah, tragedi Zulfarhan di UPNM mendedahkan kegagalan sistem. Rakan-rakan mangsa sudah berusaha bersuara melalui surat layang, namun warden cuai dengan menyiarkan surat itu ke dalam kumpulan WhatsApp kelas. Akibatnya, pelaku berjaya menyembunyikan mangsa; peluang menyelamatkannya lenyap begitu sahaja.
Peristiwa ini membuktikan bahawa gejala buli tidak akan mampu dibasmi jika tanggungjawab hanya dipikul sebelah pihak. Ia menuntut penglibatan menyeluruh; daripada pelajar, ibu bapa, hinggalah kepada pihak berautoriti di institusi pendidikan seluruh negara.
๐๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐ข๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐
Meta-analisis antarabangsa (Campbell Collaboration, 2019) membuktikan: program anti-buli holistik dapat menurunkan kadar buli dengan berkesan. Kuncinya bukan pada hukuman keras, tetapi perubahan budaya sekolah secara kolektif.
๐๐ถ๐ป๐น๐ฎ๐ป๐ฑ โ ๐๐ถ๐ฉ๐ฎ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ
โข Direka oleh Universiti Turku.
โข Fokus: pencegahan awal, bukan tunggu kes meletup.
โข Strategi: pendidikan emosi & empati, pengawasan hot spots (tandas, kantin, asrama), intervensi sosial melibatkan rakan sebaya.
โข Hasil: kadar buli turun 30โ50% dalam beberapa tahun apabila program dilaksanakan sepenuhnya.
๐๐ฒ๐ฝ๐๐ป โ ๐๐ฒ๐๐๐ผ๐ป ๐ถ๐ป ๐๐ถ๐ณ๐ฒ & ๐๐ผ๐น๐น๐ฒ๐ฐ๐๐ถ๐๐ฒ ๐ฅ๐ฒ๐๐ฝ๐ผ๐ป๐๐ถ๐ฏ๐ถ๐น๐ถ๐๐
โข Murid dididik bahawa keselamatan rakan ialah tanggungjawab bersama.
โข Amalan hansei (refleksi kumpulan) melatih murid bertanggungjawab atas diri & rakan.
โข Buli dilihat sebagai masalah komuniti kelas, bukan individu.
๐ก๐ฒ๐ ๐ญ๐ฒ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป๐ฑ โ ๐ฅ๐ฒ๐๐๐ผ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐๐ฒ ๐ฃ๐ฟ๐ฎ๐ฐ๐๐ถ๐ฐ๐ฒ
โข Fokus pada pemulihan hubungan, bukan hukuman semata.
โข Pelaku, mangsa & komuniti terlibat dalam sesi pemulihan.
โข Hasil: menurunkan penggantungan, kurangkan kes buli, bina budaya inklusif.
๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฑ ๐๐ถ๐ป๐ด๐ฑ๐ผ๐บ โ ๐๐ฒ๐ฎ๐๐๐๐น๐น๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฒ๐๐ผ๐ฟ๐ธ
โข NGO melatih pelajar jadi mentor anti-buli.
โข Rakan sebaya sebagai โfirst responderโ sebelum kes parah.
โข Penekanan pada suara murid + intervensi sekolah + kempen digital.
๐๐๐ข๐ช๐ ๐ข๐ค๐๐๐ก ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ ๐จ๐๐ฉ๐ช ๐ฅ๐๐ง๐จ๐๐ข๐๐๐ฃ: ๐ช๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐จ๐ข๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐จ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฉ๐ถ๐ฌ๐ถ๐ฎ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ข๐ต๐ข, ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ถ๐ฃ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ถ๐ฅ๐ข๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ฐ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ฆ๐ค๐ข๐ณ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ณ๐ถ๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช ๐ฃ๐ช๐ญ๐ช๐ฌ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ซ๐ข๐ฉ, ๐ฑ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ถ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ข๐ธ๐ข๐ด๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ข๐ฏ๐ข๐ด (๐ฌ๐ข๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ, ๐ต๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ด, ๐ข๐ด๐ณ๐ข๐ฎ๐ข) ๐ฉ๐ช๐ฏ๐จ๐จ๐ข ๐ฌ๐ฆ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฃ๐ถ ๐ฃ๐ข๐ฑ๐ข & ๐ณ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐บ๐ข.
๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐ ๐๐จ๐ ๐๐จ๐๐
Budaya sekolah hanyalah cerminan rumah. Jika di rumah anak dibesarkan tanpa bimbangan mengurus emosi, tanpa sempadan jelas, dan tanpa pembentukan akhlak, maka sekolah akhirnya menjadi pentas untuk anak meluahkan luka dan kemarahan yang sudah terkumpul.
Kajian neurosains mendapati pengabaian emosi sejak kecil melemahkan bahagian otak yang mengawal empati & kawalan impuls.
๐๐ฐ๐ถ๐ณ๐ฏ๐ข๐ญ ๐ฐ๐ง ๐๐ฉ๐ช๐ญ๐ฅ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ข๐ฎ๐ช๐ญ๐บ ๐๐ต๐ถ๐ฅ๐ช๐ฆ๐ด meletakkan gaya keibubapaan paling berbahaya ialah uninvolved/neglectful-permissive parenting.
๐๐ผ๐ป๐๐ผ๐ต ๐ป๐ฒ๐ด๐น๐ฒ๐ฐ๐ ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ถ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐๐น๐ถ :
Anak mengamuk bila dilarang, ibu bapa mengalah โ anak belajar menekan orang lain untuk dapat apa yang dia mahu.
Anak kecewa, ibu bapa hanya beri gajet โ anak tidak belajar mengurus emosi negatif seperti marah, kecewa, sedih dengan sihat.
Anak ditegur guru, anak mengadu dengan perisa, ibu bapa menyerang guru tanpa usul periksa โ anak belajar dia โkebalโ.
Ibu bapa hadir fizikal tetapi tidak emosi โ anak membesar dengan mesej โperasaan tidak pentingโ.
๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด :
Bila emosi tidak dibimbing, anak gagal berempati. Intimidasi jadi cara cepat untuk โmengawalโ kerana itu satu-satunya kuasa yang mereka kenal.
Ada pula yang terlalu mahu diterima rakan sebaya. ฤฐni termasuk turut terlibat membuli demi peer conformity dan defensive bullying. Mereka turut membuli untuk diterima dan melindungi diri
Lebih licik lagi ada yang bijak manipulasi ibu bapa untuk menyerang guru demi menutup salah sendiri. Sikap Ibu bapa yang terlalu membela anak-anak membentuk mentaliti mereka sentiasa di atas undang-undang.
๐ฅ๐๐๐๐๐๐ฆ๐ & ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐จ๐๐ฅ
Isu buli bukan hanya soal disiplin sekolah. Ia cerminan masalah rumah, kelemahan sistem pendidikan, dan kelompongan dasar negara. Jika satu pihak gagal, pihak lain akan menanggung akibatnya.
๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก & ๐๐ฃ๐
Menangani buli menuntut keberanian. Kita perlu meninggalkan polisi kosmetik yang sekadar mencipta imej โtegasโ, namun tidak mampu melahirkan perubahan positif dalam jangka masa panjang.
CCTV, slogan zero tolerance, atau skim insentif โsifar buliโ mungkin kelihatan garang, namun tanpa perubahan budaya, ia hanyalah menampal luka dengan kertas.
Apa yang perlu ialah dasar berasaskan bukti. Lihat kajian antarabangsa, tiru model yang terbukti berjaya di Finland, Jepun, New Zealand dan UK.
๐๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ด๐๐ฟ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฑ๐ฒ๐ป mesti jadi komponen wajib, bukan pilihan. Guru dan warden adalah orang pertama yang melihat tanda-tanda awal: murid yang tiba-tiba jadi senyap, mengasingkan diri, atau sebaliknya mula agresif.
Tanpa kemahiran membaca isyarat emosi dan intervensi awal, mereka akan terus menganggap itu sekadar โnakalโ biasa.
Tragedi Zulfarhan mengajar kita, inisiatif pelajar yang proaktif dan empati gagal disambut oleh pihak berautoriti.
Kita juga memerlukan mekanisme melapor yang selamat dan telus. Jika saluran ini tidak wujud atau tidak dilindungi, murid akan memilih diam.
Dalam kes Zulfarhan, warden yang mendedahkan surat layang adalah contoh tragis betapa rapuhnya sistem tanpa perlindungan kerahsiaan.
Selain itu, mesti ada audit budaya sekolah. Kita tidak boleh sekadar mengukur kejayaan melalui berapa banyak kes disiplin direkodkan atau berapa cepat kes ditutup.
Yang perlu dinilai ialah iklim emosi: adakah murid berasa selamat untuk bersuara, adakah empati diajar secara konsisten, adakah disiplin ditegakkan dengan adil? Audit ini lebih susah kerana tidak berbentuk angka, tetapi di sinilah letaknya akar sebenar.
Akhir sekali, kita tidak boleh mengabaikan ibu bapa. Sekolah hanya pentas, tetapi skripnya ditulis di rumah. Program literasi emosi dan keibubapaan mesti diperkukuh. Ibu bapa perlu faham bahawa membela anak walau salah bukan tanda kasih, tetapi hanya merosakkan mereka.
Anak yang dibesarkan dengan sempadan tegas-penyayang jauh lebih stabil emosi, lebih tinggi empati, dan tidak perlu menindas untuk merasa berkuasa.
Al-Quran mengingatkan :
โ๐๐ข๐ฉ๐ข๐ช ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ-๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ! ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ฉ๐ข๐ณ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ถ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ข๐ณ๐จ๐ข๐ฎ๐ถ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ข๐ฑ๐ช ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ๐ข.โ (๐๐ ๐๐ต-๐๐ข๐ฉ๐ณ๐ช๐ฎ 66 : 6)
Rasulullah ๏ทบ bersabda:
โ๐๐ถ๐ฌ๐ถ๐ฑ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ช๐ต๐ถ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฅ๐ฐ๐ด๐ข ๐ข๐ฑ๐ข๐ฃ๐ช๐ญ๐ข ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฅ๐ช ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข๐ฉ ๐ต๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐จ๐ซ๐ข๐ธ๐ข๐ฃ๐ฏ๐บ๐ข.โ (๐๐ ๐๐ฃ๐ถ ๐๐ข๐ธ๐ถ๐ฅ)
Islam melihat pengabaian bukan kelemahan kecil, tetapi dosa besar.
๐ ๐จ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Mungkin inilah masanya kita berhenti dan bermuhasabah. Rumah kehilangan sentuhan. Sekolah kehilangan panduan. Negara kehilangan keberkatan. Mana salah kita?
Firman Allah bermaksud :
โ๐๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ช๐ณ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ถ๐ฅ๐ถ๐ฌ ๐ฏ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช ๐ช๐ต๐ถ, ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ฒ๐ธ๐ข, ๐ต๐ฆ๐ฏ๐ต๐ถ๐ญ๐ข๐ฉ ๐๐ข๐ฎ๐ช ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฉ-๐ญ๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ต๐ฏ๐บ๐ข, ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช ๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ช๐ต ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ถ๐ฎ๐ช. ๐๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ถ๐ด๐ต๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ (๐๐ข๐ด๐ถ๐ญ ๐๐ข๐ฎ๐ช), ๐ญ๐ข๐ญ๐ถ ๐๐ข๐ฎ๐ช ๐ต๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ข๐ป๐ข๐ฃ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ด๐ข ๐ฅ๐ช๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฃ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฑ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ.โ (๐๐ ๐๐ญ-๐โ๐ณ๐ข๐ง 7 : 96)
Ya Allah,
Jadikanlah rumah kami tempat anak-anak belajar kasih sayang. Jadikanlah sekolah kami taman ilmu, bukan medan duka dan luka.
Pulangkanlah rahmat-Mu ke bumi Malaysia ini, agar anak-anak kami membesar dengan hati yang tenang, bukan lingkungan yang zalim dan menekan.
ุงูููููููู ูู ุงุบูููุฑูููููู ู ููุงุฑูุญูู ูููู ู ููุนูุงููููู ู ููุงุนููู ุนูููููู ู
Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, sejahterakanlah mereka dan maafkanlah mereka.
Semoga keadilan tertegak untuk semua mangsa.

