Alhamdulillah, syukur kerana dapat meneruskan tuntutan Usrah Qiadi bersama sahabat-sahabat pimpinan PAS Kawasan, Dewan-Dewan, serta ketua dan setiausaha cawangan-cawangan pada Rabu lalu. Kehadiran yang baik dan suasana yang harmoni benar-benar menggambarkan komitmen para pimpinan untuk terus menyuburkan jiwa, memperkukuh ukhuwah dan menguatkan saf dalam gerak kerja jamaah.
Usrah kali ini menumpukan tadabbur Surah al-Kahfi; khususnya 10 ayat pertama, serta pengajaran daripada empat kisah besar yang menjadi panduan untuk setiap daโi dan ahli gerakan.
๐. ๐๐ข๐ฌ๐๐ก ๐๐ฌ๐ก๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ก๐๐ข (๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ ๐๐ฎ๐)
Mengingatkan kita bahawa ujian iman sentiasa dekat dengan anak-anak muda. Akidah yang teguh menjadi perisai. Dalam perjuangan, pegangan yang kukuh ialah benteng menghadapi apa jua cabaran.
๐. ๐๐ข๐ฌ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ฎ๐ ๐๐๐๐ฎ๐ง
Ujian harta boleh menimpa sesiapa, tak kira miskin atau kaya. Bezanya pada siapa yang lebih bersyukur. Dalam gerakan, kita diingatkan agar tidak hanyut dengan dunia, tetapi melihat setiap nikmat sebagai amanah untuk digerakkan di jalan Allah.
๐. ๐๐ข๐ฌ๐๐ก ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐ข ๐๐ก๐ข๐๐ข๐ซ
Mengajar bahawa ujian ilmu menuntut kerendahan hati. Tidak semua perkara boleh ditilai dengan pandangan zahir. Jiwa pendakwah dan pemimpin mesti sentiasa belajar, mendengar dan sedia menerima hikmah.
๐. ๐๐ข๐ฌ๐๐ก ๐๐ฎ๐ฅ๐ช๐๐ซ๐ง๐๐ข๐ง
Contoh kepimpinan Rabbani yang memerintah dengan adil dan meletakkan hukum Allah di hadapan. Bagi kita, ia tuntutan untuk memimpin masyarakat dengan akhlak, kebijaksanaan dan prinsip yang jelas.
Menariknya, Surah al-Kahfi dimulakan dengan kalimah โAlhamdulillahโ
โ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐โ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐๐๐โ ๐๐๐๐ข๐๐ข๐๐๐๐ ๐๐-๐พ๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐๐ โ๐๐๐๐-๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ท๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐).โ
Ini mengajar kita bahawa asas menghadapi ujian nikmat ialah syukur. Syukur menundukkan hati dan menjauhkan kita daripada sifat ujub.
Soalan tadabbur usrah:
Apakah surah-surah lain dalam al-Qurโan yang bermula dengan lafaz Alhamdulillah? Dan apa persamaannya?
๐๐๐ง๐ญ๐ข๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง: ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐ฅ-๐๐๐ก๐๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐๐ฆ๐๐ง
Menariknya, rata-ratanya ayat-ayat dalam Surah al-Kahfi berakhir dengan bacaan tegak (alif) seperti iโwaja, khasana, abadaa, waladaa, ajabaa dan rashadaa. Cara hentian ini seakan mengisyaratkan bahawa tidak semua perkara perlu disambung, dan tidak semua isu wajar dipanjangkan.
Lebih halus lagi, perkataan iโwaja sendiri bermaksud bengkok, terpesong, namun ia diakhiri dengan huruf yang tegak lurus (alif). Seolah-olah mengingatkan kita:
๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ , ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ๐ข ๐ค๐ข๐ญ๐ ๐๐ข๐ญ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ญ ๐ค๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ข ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ, ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฌ ๐๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐๐ซ๐๐ก. ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ซ๐ ๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐๐๐ง๐ ๐ข๐ค.
Maka al-Qurโan jugalah penyelamat umat yang menegakkan agama, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Di tengah kecamuk fikrah yang bengkok dan polemik yang mengelirukan, al-Qurโan datang meluruskan jalan dan menguatkan langkah.
Dalam gerakan kita:
kurangkan perbahasan perkara remeh,
tidak melayan polemik yang melemahkan,
utamakan yang jelas benar dan bermanfaat,
kuatkan ukhuwah, rapatkan saf, dan bergerak dengan matlamat yang satu.
Semoga Allah menjadikan kita golongan yang membaca dengan tadabbur, berhenti pada yang perlu, dan melangkah pada yang menguatkan.
Moga Allah memimpin langkah kita ๐๐๐ โ๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ .
NUSHI MAHFODZ
#KembaliKepadaPenyelesaianIslam

