JARINGAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM DI DUN SEMENYIH

Alhamdulillah, saya dijemput menghadiri mesyuarat bersama YB Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor semalam, susulan isu berkaitan connectivity laluan MRT dan LRT yang telah saya kemukakan dalam Sidang Dewan Negeri baru-baru ini.
Dalam pertemuan tersebut, kami telah dibentangkan oleh pihak MPKj laluan semasa jaringan pengangkutan awam seperti bas smart Selangor dan rapid KL seterusnya disudahi dengan beberapa syor.

๐Ÿ“Œ ๐ˆ๐ฌ๐ฎ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐š๐ง ๐‚๐š๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง
Daripada analisis terperinci, semakin jelas bahawa permasalahan mobiliti di Semenyih bukan semata-mata berkaitan ketiadaan laluan MRT atau LRT.
Akar permasalahan terletak pada akses yang terhad, liputan rangkaian bas yang belum menyeluruh; semua ini mengundang kesesakan jalan yang kian membebankan masyarakat.

1. Bas Rapid KL
Laluan sedia ada dari Kajang ke Beranang hanya melalui jalan utama dan tidak masuk ke Taman-Taman perumahan yang besar serta berpenduduk padat yang sepatutnya menjadi sasaran seperti Desa Mewah, Sunway Semenyih, Bandar Rinching, Bandar Tasik Kesuma, EcoHill, dan Eco Majestic masih kekurangan liputan bas yang memadai.

2. Bas Smart Selangor
Perkhidmatan semasa masih belum menjejaki Semenyih, apatah lagi Beranang; hanya meliputi Bandar Seri Putera, Bukit Mahkota, dan UIS.
Kos operasi yang tinggi menjadi beban PBT kerana saya difahamkan pihak kerajaan Negeri semakin mengurangkan peruntukan dari semasa ke semasa, juga menjadi faktor utama yang menyekat peluasan rangkaian.

3. Alternatif Melalui Rapid KL
Kerajaan Negeri sedang menilai beberapa pendekatan untuk meningkatkan kecekapan perjalanan:
โ€ข Dedicated Bus Lane bagi memastikan pergerakan bas lebih lancar dan bebas kesesakan.
โ€ข Mengambil model Ampang, dengan menambah bilangan bas pada waktu puncak untuk meningkatkan kekerapan.
โ€ข Demand Responsive Transit (DRT) menggunakan bas bersaiz kecil yang menghubungkan kawasan perumahan ke jalan utama sebelum bersambung ke laluan besar atau stesen MRT.

๐Ÿ“Œ ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‰๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐ 
Beberapa inisiatif jangka panjang turut dikongsikan:
โ€ข Kajian sambungan MRT dari Kajang ke Putrajaya dengan pihak MRT Corp
โ€ข Cadangan pembinaan lebuh raya Baharu yang pernah berbangkit; Putrajayaโ€“Bangi Expressway (PBE) dari LEKAS EcoHill ke Putrajaya.
โ€ข Cadangan laluan baharu dari Simpang Pelangai, Pahang, dijangka melalui Taman Pelangi Semenyih, pekan Semenyih dan seterusnya ke Putrajaya.

๐Ÿ“Œ ๐€๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐จ๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐ข๐ก
Intipati isu ini bukan sekadar projek mega, tetapi keperluan untuk mempertingkatkan infrastruktur jalan dan memastikan sistem pengangkutan awam benar-benar memenuhi aspirasi rakyat.
Masyarakat kini menuntut penyelesaian yang praktikal, segera, dan menyokong kelancaran kehidupan harian.
Apabila pilihan pengangkutan awam tersedia secara efisien, pantas, dan boleh diharapkan, kebergantungan terhadap kenderaan persendirian akan berkurang.

Itulah hala tuju kita: ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’“๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’”๐’†๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’, ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’–๐’…๐’‚๐’‰๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’“๐’ˆ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’, ๐’…๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’Š๐’๐’‚ ๐’”๐’Š๐’”๐’•๐’†๐’Ž ๐’Ž๐’๐’ƒ๐’Š๐’๐’Š๐’•๐’Š ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’Š๐’‰ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’Ž๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’.

NUSHI MAHFODZ

#BaktiDemiSelangor
#SemenyihSejahtera