๐—™๐—œ๐—ค๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—›: ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ก๐—œ๐—”๐—ก

Islam bukan sekadar ibadah peribadi. Islam ialah ๐˜ข๐˜ญ-๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ธ๐˜ข ๐˜ข๐˜ญ-๐˜๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฉ – agama yang mengatur kehidupan manusia dan masyarakat secara menyeluruh.

Dalam kerangka ini, para ulama sejak awal memahami bahawa keharmonian masyarakat tidak boleh dicapai tanpa pentadbiran yang adil, dan pentadbiran yang adil tidak mungkin wujud tanpa pengurusan ekonomi dan kewangan negara yang tersusun.

Atas kesedaran inilah lahirnya fiqh siyasah, suatu disiplin ilmu yang mengatur hubungan antara kuasa, tanggungjawab negara, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat.

Antara tokoh penting dalam tradisi ini ialah Abu Yusuf, murid kepada Imam Abu Hanifah, yang berkhidmat sebagai Qadi pada zaman Harun al-Rashid.
Beliau mengarang Kitab al-Kharaj, sebuah karya yang membicarakan sistem percukaian negara Islam, dengan penekanan kepada keadilan, kemampuan rakyat dan tanggungjawab pemerintah.

Kitab ini bukan kitab nasihat, dan bukan kitab motivasi. Ia ialah kerangka polisi yang membincangkan bagaimana sumber negara dikutip dan diagih supaya negara berfungsi tanpa menindas rakyat.

Kemudian muncul Abu Ubayd al-Qasim ibn Sallam, yang menghasilkan Kitab al-Amwal, sebuah karya penting tentang pengurusan harta dan kewangan awam, termasuk hasil negara, baitulmal, dan tanggungjawab negara terhadap golongan rentan.

Perincian ini memperlihatkan satu hakikat bahawa dalam Islam kestabilan ekonomi adalah asas kepada keharmonian sosial, dan keadilan kewangan ialah tunjang kepada legitimasi pemerintahan.
Fiqh siyasah seterusnya berkembang meliputi hubungan antara negara. Para ulama memperkenalkan pembahagian geopolitik yang berpijak pada realiti:
โ€ข Dar al-Islam,
โ€ข Dar al-Harb,
โ€ข Dar al-Ahd atau Dar al-Muโ€™ahadah iaitu negara bukan Islam yang mempunyai perjanjian dan hubungan diplomatik, dan tidak diperangi.

Pembahagian ini lahir daripada pengalaman mengurus realiti sebenar hubungan antara negara. Islam tidak memaksa satu pendekatan tunggal dalam semua keadaan. Ada suasana aman, ada perjanjian, dan ada konflik dan setiap realiti menuntut pendekatan yang berbeza.

Fleksibiliti inilah yang menjadi asas kepada cara gerakan Islam beroperasi sejak awal. Islam menjadi mihwar atau paksi, manakala pendekatan disesuaikan dengan konteks zaman dan tempat.

Khazanah ini sudah tersedia.
Prinsipnya jelas. Contohnya ada.

Cabaran di hadapan kita ialah membawa fiqh siyasah keluar daripada kitab dan menterjemahkannya secara bijaksana dalam pentadbiran, dasar dan tindakan hari ini.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜จ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฒ๐˜ข๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ ๐˜‰ ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ฐโ€™ ๐˜š๐˜ณ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ ๐˜‹๐˜ช๐˜™๐˜ข๐˜ซ๐˜ข ๐˜”๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฅ ๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ
#KembaliKepadaPenyelesaianIslam