Saya telah menziarahi Encik Khairul Ikram dan Puan Suzi, ibu bapa kepada dua beradik – Khalish Shahdan, 14, dan Qayyum Shaqeel, 12 yang terkorban dalam tragedi longkang monsun di Prima Saujana, Kajang.
Ziarah ini untuk menzahirkan simpati, berkongsi duka dan memahami apa yang berlaku pada hari kejadian.
๐ง๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ป๐๐ฎ ๐๐ฏ๐ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ต๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ ๐๐ป๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ธ
Dalam nada yang tenang, Puan Suzi bercerita tentang dua anak lelaki beliau; bagaimana mereka amat rapat, selalu bersama mungkin kerana faktor usia & hanya mereka anak lelaki dalam keluarga.
Selepas pemergian mereka, satu demi satu jiran datang berkongsi kisah kebaikan kecil yang dilakukan secara senyap-senyap; mengambilkan kucing jiran yang jatuh ke longkang, menolong rakan-rakan dan jiran-jiran.
Beliau tidak menyangka anak-anaknya meninggalkan begitu banyak jejak kebaikan yang mereka sendiri tak pernah ceritakan.
Kata-kata beliau yang paling menyentuh hati saya:
โ๐๐ข๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ช๐ฉ, ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ช๐ฉโฆ ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ค๐ข๐บ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐จ๐ช ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฉ๐ข๐ณ๐ช ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ, ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐บ๐ข๐ฌ๐ช๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ต ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ. ๐๐ต๐ถ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ถ๐ข๐ต ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ฌ๐ถ๐ข๐ต.โ
Dalam perbualan sama, beliau menerangkan pula keadaan kawasan permainan tersebut. Padang itu memang menjadi tempat anak-anak bermain setiap petang.
Longkang monsun yang dalam dan terbuka terletak betul-betul di tepi padang, dan kanak-kanak sering turun mengambil bola kerana biasanya ia kering dan mudah diakses.
๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ ๐ฅ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ป๐๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ป
Pada petang kejadian, bola terjatuh ke dalam longkang, sesuatu yang sering berlaku sebelum ini. Khalish cuba untuk mengambilnya, tetapi tergelincir. Qayyum, adiknya sempat menarik Khalish tetapi turut ditarik arus.
Di saat cemas itu, seorang remaja berusia 18 tahun juga sempat mencapai tangan Qayyum, yang ketika itu masih memegang tangan abangnya. Tak mampu melawan arus kuat, remaja itu meminta Qayyum melepaskan tangan abangnya supaya dia dapat menariknya naik. Qayyum menjawab:
โ๐๐ฏ๐ช ๐ข๐ฃ๐ข๐ฏ๐จ ๐ข๐ฌ๐ถโฆ ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข ๐ฃ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ญ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ด๐ฌ๐ข๐ฏ.โ
Akhirnya ketiga-tiganya dihanyutkan arus. Remaja yang cuba menyelamatkan mereka berjaya berpaut dan terselamat tetapi patah kaki ketika berusaha menyelamatkan dua beradik itu.
Insiden ini berlaku begitu cepat, menunjukkan betapa tindakan spontan seorang kanak-kanak boleh berubah menjadi tragedi apabila persekitaran tidak dilengkapi ciri keselamatan minimum.
๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐๐ฎ๐น ๐ง๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐บ
Melihat keadaan padang tersebut, ada kemungkinan kawasan itu tidak diwartakan sebagai padang permainan rasmi, kerana tidak mempunyai ciri keselamatan asas.
Dua sisi bersempadan terus dengan longkang monsun yang dalam dan curam, manakala satu lagi sisi menghadap jalan raya. Tanpa pagar, tanpa penghadang, dan tanpa zon selamat untuk laluan keluar-masuk, kawasan ini berisiko tinggi kepada kanak-kanak.
Walau begitu, kami berharap kawasan ini tidak dihadkan penggunaannya kepada kanak-kanak, memandangkan ia menjadi satu-satunya padang luas untuk mereka bermain bola.
Lebih-lebih lagi dengan cadangan larangan penggunaan telefon pintar untuk bawah 16 tahun, ruang riadah fizikal sebegini perlu ditambah baik, bukan ditutup.
Atas semangat itu, kami mencadangkan supaya:
๐ญ. ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฏ๐๐ ๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป (๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ผ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ) ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐๐ผ๐ป ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ธ๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ.
Apabila statusnya jelas, barulah ciri keselamatan wajib dapat dimasukkan mengikut piawaian.
๐ฎ. ๐๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ ๐๐ฒ๐ธ๐ฒ๐น๐ถ๐น๐ถ๐ป๐ด ๐น๐ผ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ผ๐ป๐๐๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฝ๐ถ ๐ท๐ฎ๐น๐ฎ๐ป.
Ini termasuk pagar, penghadang, serta laluan masuk yang lebih selamat.
๐ฏ. ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐๐ ๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐บ๐ฒ๐๐ฟ๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ.
Sekurang-kurangnya dengan lampu, papan tanda keselamatan, dan ruang menunggu bagi ibu bapa.
Cadangan ini dibuat demi memastikan anak-anak kita mempunyai alternatif riadah yang selamat; seiring dengan usaha kerajaan mengurangkan ketagihan skrin dan memulihkan budaya bermain di luar rumah.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐๐ฝ
Pemergian Khalish dan Qayyum bukan sekadar berita duka; ia menggoncang rasa seluruh negara. Namun di tengah kehilangan itu, saya menyaksikan sebuah kekuatan dan keteguhan ibu, bapa dan seluruh keluarga ini.
Semoga pemergian dua anak syurga ini menjadi titik perubahan, menggerakkan kita memperkukuh keselamatan awam, membina ruang riadah yang benar-benar selamat, dan memastikan setiap anak di negara ini boleh bermain, membesar dan bermimpi tanpa ancaman yang tidak sepatutnya.
Itulah amanah yang mereka tinggalkan kepada kita.
NUSHI MAHFODZ
#SemenyihSejahtera
#BaktiDemiSelangor

