
Namun di setiap detiknya, ada nikmat Allah yang sering kita terlepas pandang. Bahkan ujian pun adalah nikmat, jika ia mendidik jiwa untuk kembali tunduk dan bergantung hanya kepada-Nya.
Tahun baharu bukan sekadar beralih masa. Ia undangan untuk muhasabah. Untuk bertanya dengan jujur:
Adakah prinsip kita masih teguh, atau sudah longgar kerana selesa?
Adakah doa masih dipanjatkan, atau terus gagahi hidup tanpa mengharap bantuan-Nya?
Adakah sepotong doa buat ummah, buat Palestin dan sahabat-sahabat?
Dan adakah usaha kita benar-benar sepadan dengan harapan yang kita pinta?
Jika sebelum ini kita alpa terhadap amanah, perbaiki.
Jika kita cuai terhadap keluarga, tebus kembali.
Jika kita abaikan ukhuwwah, cari jalan taut kembali.
Jika kita jauh daripada Allah, kembalilah perlahan-lahan, Allah akan datangi kita dengan berlari.
Kita berdoa, dan kita berusaha. Demi keluarga, demi ummah dan demi diri sendiri.
Semoga Semenyih terus dilimpahi kesejahteraan, di dunia dan di akhirat.
SELAMAT TAHUN BARU 2026
Nushi Mahfodz
ADN N.24 Semenyih
YDP PAS Kawasan Hulu Langat
