
Ramadhan adalah bulan yang Allah buka seluas-luasnya rahmat, Allah buka sepenuh-penuhnya ampunanNya, Allah buka peluang untuk hambaNya berdoa menjauhi azab neraka sejauh-jauhnya.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau
berkata, Rasulullah ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู bersabda:
โApabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka.
โPintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru:
โWahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan).
โWahai yang mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan).
โAllah SWT akan membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam (di bulan Ramadan).โ
(Riwayat Ibnu Majah, Kitab ash-Shiyam, Bab Ma
Jaรก Fi Fadhli Syahru Ramadhana, no. 1642, berkata al-Arnaรบt: Hadith sahih dan sanadnya hasan)
Allah SWT menganugerahkan Ramadhan yang sama buat setiap hambaNya. Namun, natijah Ramadhan kita, pasti berbeza mengikut apa yang kita usahakan.
Berusahalah memperbanyak amal, merebut segala ganjaran yang Allah sediakan, dan menjauhi segala larangan yang Allah tegahkan.
Dalam kita menyambut Ramadhan dengan ketenangan, jangan lupakan saudara-saudara kita di Palestin yang melalui Ramadhan dengan kezaliman musuh-musuh Allah.
Hakikat Ramadhan, bulan yang mendidik setiap umat Islam merasai keperitan bersama.
Semoga natijah Ramadhan kita kali ini
lebih baik dari yang sebelumnya dan mendidik kita menjadi muslim yang sentiasa peduli dengan keadaan saudara kita seagama.
Ramadhan yang sama, natijahnya berbeza. Kitalah yang mencoraknya.
