MAJLIS ANGKAT SUMPAH JAWATAN ADN SEMENYIH
Pada Pilihanraya Negeri Selangor ke 15 (PRN15) yang berlangsung pada 12 Ogos 2023, saya yang mewakili Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dengan majoriti 1,262 undi setelah memperoleh 37,068 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Zulaika Anua (35,806 undi).
Pada 19 September 2023 dengan rasminya saya mengangkat sumpah dan menandatangani surat sebagai Ahli Dewan Negeri yang baharu bagi penggal ke-15 dalam Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Persidangan Penggal Pertama, Dewan Negeri Selangor ke-15 bersama sama dengan bersama dengan 56 wakil rakyat ADN Selangor.
VIDEO MENGANGKAT SUMPAH DAN MENANDATANGANI SURAT SEBAGAI ADN SELANGOR.