๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—”๐— ๐—œ ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ

Kejadian buli naik mendadak sejak dua tahun kebelakangan ini. Nama-nama G. Sarvina, Nazmie Aizat, Zara Qairina, Syamsul Haris, Aisyah Sofia, Izzul Islam mewakili banyak lagi mangsa tak bernama.

Mereka anak-anak kita. Mereka darah daging bangsa Malaysia. Mereka sepatutnya dilindungi, dipertahankan, dijaga. Tetapi gejala buli yang semakin tidak terkawal merampas masa depan dan kehidupan mereka.

Dan jika kita tidak mengambil langkah intervensi drastik, esok mungkin angka ini bertambah berlipat ganda.

Langkah-langkah seperti pemasangan CCTV, pelaksanaan polisi ๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜›๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜Ž๐˜ฐ, dan penubuhan Tribunal Anti-Buli masing-masing ada nilai dan potensinya.

Tetapi yang lebih penting adalah kesediaan kita untuk belajar. Belajar daripada pengalaman sendiri. Belajar daripada kesalahan yang lalu. Belajar daripada kejayaan negara lain yang berjaya mengekang budaya buli.

Tanpa kesediaan itu, kita mungkin terpaksa membayar harga yang amat mahal; bukan sekadar kerugian masa, tenaga dan mungkin lebih banyak nyawa, tetapi juga meranapkan masa depan negara yang mungkin mengambil sedarsawasa untuk dipulihkan semula.

๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”, ๐—”๐—ž๐—ง๐—” & ๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐— ๐—”๐—ก

CCTV tanpa pendidikan hanya merakam selepas kejadian, tidak mencegah buli. Dalam kes tragis Zara Qairina di sekolah yang dilengkapi CCTV, kita bahkan bertanya: di mana CCTV ketika nyawa seorang anak dalam bahaya?

Laporan ๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ด๐˜บ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ด๐˜ฐ๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (2008) menunjukkan polisi ๐˜ก๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฐ ๐˜›๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ seperti ๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜›๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜Ž๐˜ฐ atau dasar sifar-buli berasaskan hukuman hanya menambah trauma, menyebabkan murid tercicir, sementara budaya buli terus berpindah lokasi, berganti mangsa.

Begitu juga insentif โ€œsifar buliโ€ yang tampak menarik, tetapi berisiko ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ฌ-๐˜ง๐˜ช๐˜ณ๐˜ฆ jika sekolah hanya berlumba imej bersih, bukannya berani mengubah budaya.

Lebih parah, tragedi Zulfarhan di UPNM mendedahkan kegagalan sistem. Rakan-rakan mangsa sudah berusaha bersuara melalui surat layang, namun warden cuai dengan menyiarkan surat itu ke dalam kumpulan WhatsApp kelas. Akibatnya, pelaku berjaya menyembunyikan mangsa; peluang menyelamatkannya lenyap begitu sahaja.

Peristiwa ini membuktikan bahawa gejala buli tidak akan mampu dibasmi jika tanggungjawab hanya dipikul sebelah pihak. Ia menuntut penglibatan menyeluruh; daripada pelajar, ibu bapa, hinggalah kepada pihak berautoriti di institusi pendidikan seluruh negara.

๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—ข๐——๐—˜๐—Ÿ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”

๐Ÿ“Š Meta-analisis antarabangsa (Campbell Collaboration, 2019) membuktikan: program anti-buli holistik dapat menurunkan kadar buli dengan berkesan. Kuncinya bukan pada hukuman keras, tetapi perubahan budaya sekolah secara kolektif.

๐—™๐—ถ๐—ป๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ โ€“ ๐—ž๐—ถ๐—ฉ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ

โ€ข Direka oleh Universiti Turku.

โ€ข Fokus: pencegahan awal, bukan tunggu kes meletup.

โ€ข Strategi: pendidikan emosi & empati, pengawasan hot spots (tandas, kantin, asrama), intervensi sosial melibatkan rakan sebaya.

โ€ข Hasil: kadar buli turun 30โ€“50% dalam beberapa tahun apabila program dilaksanakan sepenuhnya.

๐—๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ป โ€“ ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ผ๐—ป ๐—ถ๐—ป ๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ & ๐—–๐—ผ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ถ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ถ๐˜๐˜†

โ€ข Murid dididik bahawa keselamatan rakan ialah tanggungjawab bersama.

โ€ข Amalan hansei (refleksi kumpulan) melatih murid bertanggungjawab atas diri & rakan.

โ€ข Buli dilihat sebagai masalah komuniti kelas, bukan individu.

๐—ก๐—ฒ๐˜„ ๐—ญ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ โ€“ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ฐ๐—ฒ

โ€ข Fokus pada pemulihan hubungan, bukan hukuman semata.

โ€ข Pelaku, mangsa & komuniti terlibat dalam sesi pemulihan.

โ€ข Hasil: menurunkan penggantungan, kurangkan kes buli, bina budaya inklusif.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฑ๐—ผ๐—บ โ€“ ๐—•๐—ฒ๐—ฎ๐˜๐—•๐˜‚๐—น๐—น๐˜†๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—™๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐˜„๐—ผ๐—ฟ๐—ธ

โ€ข NGO melatih pelajar jadi mentor anti-buli.

โ€ข Rakan sebaya sebagai โ€œfirst responderโ€ sebelum kes parah.

โ€ข Penekanan pada suara murid + intervensi sekolah + kempen digital.

๐Ÿ”‘ ๐™Ž๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™ข๐™ค๐™™๐™š๐™ก ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™–๐™™๐™– ๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ข๐™–๐™–๐™ฃ: ๐˜ช๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด (๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ, ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ด, ๐˜ข๐˜ด๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข) ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข & ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜บ๐˜ข.

๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐— ๐—•๐—จ๐—› ๐—Ÿ๐—จ๐—ž๐—”

Budaya sekolah hanyalah cerminan rumah. Jika di rumah anak dibesarkan tanpa bimbangan mengurus emosi, tanpa sempadan jelas, dan tanpa pembentukan akhlak, maka sekolah akhirnya menjadi pentas untuk anak meluahkan luka dan kemarahan yang sudah terkumpul.

๐Ÿ“– Kajian neurosains mendapati pengabaian emosi sejak kecil melemahkan bahagian otak yang mengawal empati & kawalan impuls.

๐Ÿ“– ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜บ ๐˜š๐˜ต๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด meletakkan gaya keibubapaan paling berbahaya ialah uninvolved/neglectful-permissive parenting.

๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ผ๐—ต ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฐ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ถ :

๐Ÿ”น Anak mengamuk bila dilarang, ibu bapa mengalah โ†’ anak belajar menekan orang lain untuk dapat apa yang dia mahu.

๐Ÿ”น Anak kecewa, ibu bapa hanya beri gajet โ†’ anak tidak belajar mengurus emosi negatif seperti marah, kecewa, sedih dengan sihat.

๐Ÿ”น Anak ditegur guru, anak mengadu dengan perisa, ibu bapa menyerang guru tanpa usul periksa โ†’ anak belajar dia โ€œkebalโ€.

๐Ÿ”น Ibu bapa hadir fizikal tetapi tidak emosi โ†’ anak membesar dengan mesej โ€œperasaan tidak pentingโ€.

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด :

๐Ÿ”ธ Bila emosi tidak dibimbing, anak gagal berempati. Intimidasi jadi cara cepat untuk โ€œmengawalโ€ kerana itu satu-satunya kuasa yang mereka kenal.

๐Ÿ”ธ Ada pula yang terlalu mahu diterima rakan sebaya. ฤฐni termasuk turut terlibat membuli demi peer conformity dan defensive bullying. Mereka turut membuli untuk diterima dan melindungi diri

๐Ÿ”ธ Lebih licik lagi ada yang bijak manipulasi ibu bapa untuk menyerang guru demi menutup salah sendiri. Sikap Ibu bapa yang terlalu membela anak-anak membentuk mentaliti mereka sentiasa di atas undang-undang.

๐—ฅ๐—˜๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—œ & ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ

Isu buli bukan hanya soal disiplin sekolah. Ia cerminan masalah rumah, kelemahan sistem pendidikan, dan kelompongan dasar negara. Jika satu pihak gagal, pihak lain akan menanggung akibatnya.

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก & ๐—ž๐—ฃ๐— 

Menangani buli menuntut keberanian. Kita perlu meninggalkan polisi kosmetik yang sekadar mencipta imej โ€œtegasโ€, namun tidak mampu melahirkan perubahan positif dalam jangka masa panjang.

CCTV, slogan zero tolerance, atau skim insentif โ€œsifar buliโ€ mungkin kelihatan garang, namun tanpa perubahan budaya, ia hanyalah menampal luka dengan kertas.

Apa yang perlu ialah dasar berasaskan bukti. Lihat kajian antarabangsa, tiru model yang terbukti berjaya di Finland, Jepun, New Zealand dan UK.

๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป mesti jadi komponen wajib, bukan pilihan. Guru dan warden adalah orang pertama yang melihat tanda-tanda awal: murid yang tiba-tiba jadi senyap, mengasingkan diri, atau sebaliknya mula agresif.

Tanpa kemahiran membaca isyarat emosi dan intervensi awal, mereka akan terus menganggap itu sekadar โ€œnakalโ€ biasa.

Tragedi Zulfarhan mengajar kita, inisiatif pelajar yang proaktif dan empati gagal disambut oleh pihak berautoriti.

Kita juga memerlukan mekanisme melapor yang selamat dan telus. Jika saluran ini tidak wujud atau tidak dilindungi, murid akan memilih diam.

Dalam kes Zulfarhan, warden yang mendedahkan surat layang adalah contoh tragis betapa rapuhnya sistem tanpa perlindungan kerahsiaan.

Selain itu, mesti ada audit budaya sekolah. Kita tidak boleh sekadar mengukur kejayaan melalui berapa banyak kes disiplin direkodkan atau berapa cepat kes ditutup.

Yang perlu dinilai ialah iklim emosi: adakah murid berasa selamat untuk bersuara, adakah empati diajar secara konsisten, adakah disiplin ditegakkan dengan adil? Audit ini lebih susah kerana tidak berbentuk angka, tetapi di sinilah letaknya akar sebenar.

Akhir sekali, kita tidak boleh mengabaikan ibu bapa. Sekolah hanya pentas, tetapi skripnya ditulis di rumah. Program literasi emosi dan keibubapaan mesti diperkukuh. Ibu bapa perlu faham bahawa membela anak walau salah bukan tanda kasih, tetapi hanya merosakkan mereka.

Anak yang dibesarkan dengan sempadan tegas-penyayang jauh lebih stabil emosi, lebih tinggi empati, dan tidak perlu menindas untuk merasa berkuasa.

Al-Quran mengingatkan :

โ€œ๐˜ž๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ-๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ! ๐˜—๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข.โ€ (๐˜˜๐˜š ๐˜ˆ๐˜ต-๐˜›๐˜ข๐˜ฉ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ 66 : 6)

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œ๐˜Š๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ข ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ซ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข.โ€ (๐˜๐˜™ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜‹๐˜ข๐˜ธ๐˜ถ๐˜ฅ)

Islam melihat pengabaian bukan kelemahan kecil, tetapi dosa besar.

๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”

Mungkin inilah masanya kita berhenti dan bermuhasabah. Rumah kehilangan sentuhan. Sekolah kehilangan panduan. Negara kehilangan keberkatan. Mana salah kita?

Firman Allah bermaksud :

โ€œ๐˜‹๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ, ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฒ๐˜ธ๐˜ข, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฉ-๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ช. ๐˜›๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ (๐˜™๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ ๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช), ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ ๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ป๐˜ข๐˜ฃ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ.โ€ (๐˜˜๐˜š ๐˜ˆ๐˜ญ-๐˜ˆโ€™๐˜ณ๐˜ข๐˜ง 7 : 96)

Ya Allah,

Jadikanlah rumah kami tempat anak-anak belajar kasih sayang. Jadikanlah sekolah kami taman ilmu, bukan medan duka dan luka.

Pulangkanlah rahmat-Mu ke bumi Malaysia ini, agar anak-anak kami membesar dengan hati yang tenang, bukan lingkungan yang zalim dan menekan.

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ู’

Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, sejahterakanlah mereka dan maafkanlah mereka.

Semoga keadilan tertegak untuk semua mangsa.

#Justice4Zara

#Justice4SyamsulHaris

#BaktiDemiSelangor