๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—•๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿด๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—”!

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐˜…๐—ฐ๐—ผ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ

Isu penternakan babi di Selangor bukan sekadar pertempuran angka atau statistik. Ia adalah pertempuran antara realiti bau yang dihidu rakyat dengan ilusi kejayaan yang dicanang kerajaan.

Kenyataan media terbaru Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim semalam bukan sahaja gagal meredakan keadaan, malah mendedahkan betapa rapuhnya hujah kerajaan negeri.

Berikut adalah pembedahan naratif untuk menelanjangi manipulasi fakta yang sedang berlaku.

๐Ÿญ. โ€œ๐—ข๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—˜๐—ธ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐˜” ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ด?

Dalam sidang media semalam, Datuk Izham mendakwa kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk mengeksport babi. Malah beliau mengeluarkan satu kenyataan yang sangat berbahaya:

โ€œTidak tahu perkataan eksport tu datang daripada mana…”

Kenyataan ini sangat mengejutkan. Adakah Exco sudah lupa atau buat-buat lupa?

Kebimbangan mengenai projek “berorientasikan eksport” ini bukan datang dari “propaganda pembangkang”, tetapi ia termaktub jelas dalam Titah Murka DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Baginda sendiri menzahirkan rasa dukacita dengan rancangan projek berskala besar kerana ia tidak sensitif.

Jadi, apabila Exco kata “tak tahu perkataan eksport datang dari mana”, Adakah beliau membayangkan Tuanku Sultan menerima maklumat palsu? Atau kerajaan negeri gagal memberi taklimat jujur kepada Istana sebelum ini sehingga Tuanku terpaksa menegur?

๐Ÿฎ. ๐—™๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ถ “๐—–๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป”: ๐—›๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฏ๐Ÿฌ%

Hujah kedua Datuk Izham ialah Selangor tidak mungkin mengeksport kerana pengeluaran semasa hanya menampung 30% keperluan domestik. Katanya, “untuk keperluan Selangor pun tidak cukup macam mana nak eksport”.

Ini adalah Falasi Semasa (Snapshot Fallacy) yang cuba mengaburi mata rakyat. Kita bercakap tentang projek masa depan Modern Pig Farm (MPF) di Bukit Tagar.

Jika matlamatnya hanya untuk menampung โ€œkekurangan domestik”, kenapa perlukan pemusatan berskala mega dan teknologi tinggi yang menelan belanja besar?

Logik ekonomi mudah: Tiada pelabur akan membina fasiliti gergasi semata-mata untuk menampung defisit domestik tanpa melihat potensi pasaran luar yang lebih lumayan.

Jika benar kerajaan jujur tidak mahu mengeksport, jangan sekadar beri alasan “sekarang pun tak cukup babi”. Gubal undang-undang atau pewartaan yang melarang sebarang eksport babi dari Bukit Tagar buat selama-lamanya. Beranikah kerajaan buat jaminan bertulis ini?

๐Ÿฏ. ๐—™๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—š๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ต ๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ

Hujah kononnya “sebelum 2018 tiada pelan, selepas 2018 baru ada” adalah satu pembohongan sejarah (gaslighting).

Fakta tidak menipu: Keperluan pemusatan ladang babi sudah dibincangkan sejak 2007 (era BN), diteruskan era Pakatan Rakyat (termasuk PAS), dan kini PH/Madani.

Mendakwa pelan ini “eksklusif” milik kerajaan hari ini adalah cubaan ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ณ๐˜บ-๐˜ฑ๐˜ช๐˜ค๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ garis masa.

Ia hanyalah kesinambungan pentadbiran, namun bezanya adalah pada pelaksanaan yang kini tempang, tidak mengikut prosedur urus tadbir yang betul dan tidak menghormati sensitiviti.

๐Ÿฐ. “๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ต ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ž๐—ฎ๐˜‚๐—บ” ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ถ

Seperti dijangka, Datuk Izham cuba mematikan hujah dengan kad standard: “๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ด๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ”. Beliau mendakwa isu ini dipolemikan untuk mencetus sensitiviti.

Ini adalah taktik ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ.

Kita ingin tegaskan:

โœฆ Apabila penduduk kampung mengadu bau busuk, itu bukan isu kaum. Itu isu pencemaran.

โœฆ Apabila Tuanku Sultan bertitah murka kerana tidak dirunding dengan teliti, itu bukan isu kaum. Itu isu Urus Tadbir dan Kompetensi.

Berhenti berselindung di sebalik perkataan โ€œperkauman” untuk menutup kegagalan mengurus sisa buangan 100,000 ekor ternakan yang membusukkan kehidupan rakyat.

๐Ÿฑ. “๐——๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ ๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—น” ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜

Exco menyebut bahawa beliau telah memberi penjelasan kepada Tuanku Sultan Selangor pagi semalam mengenai rancangan pemindahan ke Bukit Tagar.

Perlu diingat: “Memberi penjelasan” tidak sama dengan “Mendapat perkenan”.

Kronologinya jelas: Keputusan dibuat โ†’ Tuanku murka โ†’ Baru mahu menghadap untuk “jelaskan”. Ini bukan proses konsultasi (Syura). Ini adalah langkah damage control selepas Tuanku Sultan murka.

๐Ÿฒ. ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป: ๐—›๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ฎ, ๐—ง๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต

Rakyat Selangor bukan anti-makanan orang lain. Isu ini menyentuh kesihatan awam, tatakelola berintegriti dan penghormatan terhadap institusi Diraja.

Kepada kerajaan negeri:

1. Kerajaan negeri wajar merujuk kembali kepada Titah Tuanku bagi memahami dengan jelas dari mana timbulnya isu orientasi eksport ini.

2. Jangan guna alasan “tak cukup bekalan” hari ini untuk halalkan projek mega masa depan.

3. Selesaikan isu pencemaran sekarang. Bau busuk tidak akan hilang dengan sidang media penafian.

Bau busuk di Selangor tidak akan hilang dengan retorik “30%”. Ia hanya akan hilang dengan tindakan yang jujur, tegas, dan benar-benar menjunjung amanah.

#SelangorDeservesBetter