๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—šโ€“๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—ž : ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—๐—ช๐—ฃ ๐—๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—š ๐—๐—”๐—ช๐—œ

Saya telah menghadiri satu sesi perbincangan bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) serta beberapa agensi bagi mendapatkan penjelasan berhubung cadangan pembinaan Jalan Pintas Sungai Lalang dan Tapak Perkuburan Islam Raudatus Sakinah 4.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada para penjawat awam yang hadir dalam pertemuan ini atas sikap profesional, keterbukaan dan kesediaan mereka memberi penjelasan dengan baik. Saya memahami bahawa mereka melaksanakan amanah berdasarkan dasar dan keputusan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Dalam pertemuan tersebut, saya telah membangkitkan persoalan berhubung kewujudan jajaran alternatif yang menurut penduduk tidak melibatkan tanah persendirian atau kalau terlibat pun dalam kadar yang sangat sedikit.

Penjelasan yang diberikan oleh pihak JWP ialah penentuan jajaran jalan telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pada tahun 2016. Maklumat ini saya terima sebagai rekod rasmi hasil perbincangan.

Namun terdapat satu perkara penting yang perlu difahami bersama oleh semua pihak. Tanah yang dicadangkan untuk pengambilan melibatkan Tanah Rizab Melayu berstatus hak milik kekal, yang tertakluk kepada prosedur perundangan yang lebih ketat dan menuntut tahap ketelusan yang tinggi dalam pelaksanaannya.

Persoalan yang wajar dijelaskan kepada penduduk masih kekal, antaranya:

โœฆ Adakah semua jajaran alternatif telah dinilai sebelum jajaran sedia ada dimuktamadkan

โœฆ Sama ada penduduk terlibat pernah dirujuk dalam proses tersebut

โœฆ Apakah asas teknikal yang menyebabkan jajaran melalui tanah persendirian dipilih

Ini penting kerana di bawah prinsip Akta Pengambilan Tanah 1960, pengambilan tanah persendirian seharusnya menjadi langkah terakhir, setelah semua pilihan munasabah dinilai.

Saya ingin menegaskan bahawa usaha ini bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak. Ia adalah ikhtiar untuk memastikan proses pembangunan berjalan secara telus, berperikemanusiaan dan tidak menjejaskan kepercayaan rakyat.

Saya berharap sesi penerangan one-stop centre bersama semua agensi esok (24 Januari 2026) dapat memberi penjelasan menyeluruh agar tidak lagi berlaku kekeliruan atau saling menuding jari.

Sebagai wakil rakyat Semenyih, saya terkilan tidak dibenarkan menghantar wakil untuk memantau perjalanan Mesyuarat esok tetapi saya akur.

Saya akan terus memainkan peranan sebagai jambatan antara penduduk dan pihak berkuasa demi memastikan pembangunan di Semenyih dapat dilaksanakan dengan adab, keadilan dan ihsan.

#BaktiDemiSelangor

#SemenyihSejahtera

Mesyuarat bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)