Pagi ini, Taman Semenyih Indah sekali lagi dinaiki air. Minggu lepas, JPS memaklumkan kerja cuci gali telah dibuat, namun selut hasil cuci gali kolam takungan masih belum diangkut keluar oleh kontraktor.
Kita tidak menamakan selut sebagai faktor tunggal, tetapi ia tetap menjadi satu faktor penyumbang yang menekan sistem yang sedia bermasalah; apatah lagi bayaran bagi kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan itu bukannya kecil.
Sebelum ini saya telah suarakan faktor risiko banjir di Taman Semenyih Indah. Antaranya :
โข kapasiti kolam takungan yang tidak lagi mencukupi
โข aliran U-shape yang melambatkan pelepasan air
โข bottleneck di hilir menuju kawasan industri Sg Purun
โข kolam takungan yang masih belum diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa
Rujuk di sini: https://www.facebook.com/share/p/1D7L5piUfm/p
Penduduk mengeluh berdepan banjir sejak 2015. Kini sudah lebih 10 tahun, YB silih berganti, namun isu banjir TSI tetap tidak selesai kerana masalah birokrasi serah-terima kolam, isu kejuruteraan yang tidak ditangani, dan penyelenggaraan yang tidak cekap.
Kami menyeru agar Kerajaan memberi perhatian kepada masalah penduduk Taman Semenyih Indah. Selepas banjir, pihak berwajib diharap dapat segera :
โ melakukan audit penuh aliran air hujan
โ memastikan pasir dan selut cuci gali terus dibawa keluar dari TSI agar tidak membawa risiko ulangan
โ mengemukakan garis masa jelas bagi pembetulan aliran U-shape dan bottleneck hilir
โ mempercepatkan serahan kolam kepada PBT supaya kerja naik taraf struktur boleh dimulakan
Masalah ini tidak boleh diserahkan kepada penduduk untuk โberharapโ.
PBT, JPS dan pihak berkaitan perlu memastikan tindakan yang lebih efektif, menepati masa dan berasaskan fakta kejuruteraan supaya banjir seperti hari ini tidak terus berulang.

