Arak merosakkan akal, memusnahkan keluarga, meningkatkan jenayah, dan mengundang murka Allah. Sebab itu negara Malaysia sejak Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1970 telah melarang hidangan minuman keras dalam majlis rasmi.
Larangan ini diperkuat melalui WP 5.1/2013 dan ditegaskan semula pada 24 September 2024. Garis panduan ini bukan protokol kecil; ia benteng maruah negara.
Apabila larangan itu dipijak dalam pelancaran Visit Malaysia 2026, mesejnya sangat buruk seolah-olah Menteri bebas melanggar undang-undang dan mencarik sensitiviti majoriti rakyat Malaysia.
Jika tajaan, kita mahu jawapan bagaimana penajaan boleh melanggar garis panduan rasmi? Dan kalau bukan tajaan, apakah dana rakyat yang digunakan untuk menyediakan โfree flowโ arak hingga majlis kerajaan terasa seperti pub dan disko?
Saya menghargai teguran YB Mas Ermieyati dan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan penuh hikmah. Saya juga hormat mereka yang memilih meninggalkan majlis; selari sabda Nabi ๏ทบ:
โยซู ููู ููุงูู ููุคูู ููู ุจูุงูููููู ููุงููููููู ู ุงููุขุฎูุฑู ููููุง ููููุนูุฏู ุนูููู ู ูุงุฆูุฏูุฉู ููุฏูุงุฑู ุนูููููููุง ุงููุฎูู ูุฑูยป
โBarang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, janganlah dia duduk di meja yang dihidangkan arak.โ (HR al-Tirmizi)
Umat Islam rentas parti, rentas mazhab mesti bersatu menolak normalisasi arak dalam majlis rasmi. Jangan sampai rahmat Allah meninggalkan kita kerana bermudah-mudah dengan arak.
Dalam masa yang sama, Tourism Malaysia perlu menamatkan kerjasama dengan Starbucks bagi kempen Visit Malaysia 2026. Jenama itu lama diboikot kerana kaitan pelabur utamanya dengan industri senjata Israel dan tindakan keras terhadap pekerja sendiri yang menyatakan solidariti Palestin.
Saya mendesak Kerajaan MADANI melalui YAB Perdana Menteri untuk:
โฆ Melarang sepenuhnya hidangan arak dalam semua majlis rasmi dan mengambil tindakan terhadap pelanggaran.
โฆ Mendedahkan penaja dan proses kelulusan tajaan โ atau menjelaskan jika dana kerajaan digunakan untuk hidangan arak.
โฆ Membatalkan kerjasama dengan syarikat yang mencalar sensitiviti umat Islam dan solidariti Palestin.
โฆ Mengawal disiplin kabinet; menteri yang berulang kali gagal menjaga sensitiviti rakyat dan mematuhi pekeliling wajar dipertanggungjawabkan.
Kami faham realiti dinamika politik MADANI. Namun, sokongan daripada mana-mana blok tidak wajar dijadikan tawar-menawar kuasa yang menggadai imej serta maruah negara.
Kami yakin YAB Perdana Menteri akan memulihkan keyakinan rakyat dengan memastikan larangan ini ditegaskan semula dan maruah negara dipertahankan.
NUSHI MAHFODZ
